UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Norainil Ummi Yusof@Hasan
Title :Kecerdasan emosi dan hubungannya dengan stres bebanan tugas guru tadika
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara kecerdasan emosi dengan stres bebanan tugas guru tadika. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat interaksi lima bidang utama dalam kecerdasan emosi iaitu kemahiran intrapersonal, kemahiran interpersonal, kemahiran penyesuaian, pengurusan tekanan dan keadaan perasaan am ke atas pembolehubah stres bebanan tugas. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk tinjauan deskriptif. Seramai 87 orang guru tadika di kawasan Mukim Kota Damansara, Selangor dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel bagi kajian ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada Emotional Quotient Inventory (EQ-i) digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi guru tadika dan Teacher Stress Nut Guidance to Divisions and Associations bagi mengukur tahap stres bebanan tugas guru tadika. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20 melibatkan statistik deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap kecerdasan emosi guru tadika dan tahap stres bebanan tugas manakala statistik inferensi melibatkan ujian korelasi Pearson yang menerangkan perhubungan yang mungkin wujud antara pembolehubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi guru tadika berada di tahap sederhana manakala tahap stres bebanan tugas guru tadika berada di tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan stres bebanan tugas guru tadika. Di mana, terdapat juga hubungan yang signifikan antara domain kecerdasan emosi iaitu kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal, kemahiran penyesuaian, pengurusan tekanan dan keadaan perasaan am dengan stres bebanan tugas guru tadika. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa tahap stres bebanan tugas guru tadika boleh dilihat berdasarkan tahap kecerdasan emosinya. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi yang baik dapat mengurangkan stres bebanan tugas dalam kalangan guru-guru tadika
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.