UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif, sosial, emosi dan bahasa serta hubungannya dengan perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian; bahasa, komunikasi dan literasi awal; dan awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 279 orang sampel ibu bapa dan kanak-kanak yang dipilih daripada beberapa buah Taska Permata Kemas di Negeri Perak dan Selangor. Data dianalisis secara deskriptif bagi menjelaskan tahap penglibatan ibu bapa dan perkembangan kanak-kanak. Manakala statistik inferensi menerangkan hubungan serta perbezaan antara pemboleh ubah. Penglibatan ibu bapa dalam aspek bahasa menunjukkan nilai min tertinggi, manakala penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif menunjukkan nilai min terendah. Analisis inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek emosi dengan perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek bahasa kemahiran membaca dengan perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. Analisis korelasi Pearson juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif dengan perkembangan awal matematik dan pemikiran logik. Manakala hasil kajian juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek sosial dengan perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian. Implikasi kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa di rumah memberi kesan terhadap perkembangan kanak-kanak 3 hingga 4 tahun di Taska Permata Kemas. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |