UPSI Digital Repository (UDRep)

Penglibatan ibu bapa dalam perkembangan holistik kanak-kanak di Taska Permata Kemas

AVAILABLE Thesis 2093 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penglibatan ibu bapa dalam perkembangan holistik kanak-kanak di Taska Permata Kemas
Type
Thesis
Main Author
Nurhusna Abdul Malek
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif, sosial, emosi dan bahasa serta hubungannya dengan perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian; bahasa, komunikasi dan literasi awal; dan awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 279 orang sampel ibu bapa dan kanak-kanak yang dipilih daripada beberapa buah Taska Permata Kemas di Negeri Perak dan Selangor. Data dianalisis secara deskriptif bagi menjelaskan tahap penglibatan ibu bapa dan perkembangan kanak-kanak. Manakala statistik inferensi menerangkan hubungan serta perbezaan antara pemboleh ubah. Penglibatan ibu bapa dalam aspek bahasa menunjukkan nilai min tertinggi, manakala penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif menunjukkan nilai min terendah. Analisis inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek emosi dengan perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek bahasa kemahiran membaca dengan perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. Analisis korelasi Pearson juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek kognitif dengan perkembangan awal matematik dan pemikiran logik. Manakala hasil kajian juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dalam aspek sosial dengan perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian. Implikasi kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa di rumah memberi kesan terhadap perkembangan kanak-kanak 3 hingga 4 tahun di Taska Permata Kemas.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.