UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkembangan lukisan kanak-kanak autisme

AVAILABLE Thesis 2528 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkembangan lukisan kanak-kanak autisme
Type
Thesis
Main Author
Fazilah Omar
Subject
NX Arts in general
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan melukis kanak-kanak autisme di sebuah sekolah kerajaan berkeperluan khas. Tahap sederhana dipilih daripada kanak-kanak autisme yang masih boleh memahami arahan tetapi memerlukan bantuan guru. Objektif kajian pula, adalah untuk mengenal pasti proses pengwujudan idea kanak-kanak autisme, menjelaskan proses pengolahan dan penghalusan idea kanak-kanak autisme serta menghuraikan penggunaan media kanak-kanak autisme dalam proses menghasilkan lukisan. Kajian ke atas tiga orang murid berkeperluan khas autisme menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bantuk kajian kes selama dua bulan di lapangan. Teori yang digunakan adalah yang berpandukan kepada model perkembangan artistik Laura H. Chapman iaitu pengwujudan idea, pengolahan idea dan kemahiran media. Dapatan kajian menunjukkan proses perkembangan melukis kanak-kanak autisme banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti keluarga, rakan-rakan dan juga media elektronik. Hasil kajian juga mendapati, hasil karya kanak autisme turut dipengaruhi oleh watak-watak yang terdapat dalam cerita yang ditonton. Bagi kanak-kanak yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, lukisan mereka berkisar tentang perihal keluarga seperti ayah, ibu dan haiwan peliharaan. Namun begitu, kanak-kanak autisme ini mempunyai beberapa tahap pembelajaran dan kanak-kanak ini mampu menguasai pembelajaran jika menggunakan pendekatan yang lebih terarah dan cenderung dengan keupayaan mereka. Pendidikan Seni merupakan medium yang amat sesuai untuk kanak-kanak autisme berkarya kerana seni bukan sahaja untuk menghasilkan lukisan tetapi mereka dapat meluahkan emosi selain menggunakan kognitif dan psikomotor mereka secara menyeluruh

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.