UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif teknik jigsaw terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kajian kuasi eksperimen. Data pencapaian pelajar dikumpul dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos. Sampel juga diambil secara rawak daripada 60 orang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Pelajar diberikan ujian pra untuk menguji pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan sama rata iaitu 30 orang pelajar untuk kumpulan kawalan dan 30 orang pelajar untuk kumpulan eksperimen. Perbezaan min pencapaian pelajar dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan teknik jigsaw dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian ini telah membuktikan bahawa teknik jigsaw boleh dijadikan satu kaedah alternatif yang berkesan kepada pelajar yang mempelajari teknik jigsaw ini. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |