Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif teknik jigsaw dalam menguasai konsep luas permukaan pepejal geometri II
Type
Thesis
Main Author
Wan Nor Zulaikha Wan Ibrahim
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2015
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif teknik jigsaw terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kajian kuasi eksperimen. Data pencapaian pelajar dikumpul dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos. Sampel juga diambil secara rawak daripada 60 orang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Pelajar diberikan ujian pra untuk menguji pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan sama rata iaitu 30 orang pelajar untuk kumpulan kawalan dan 30 orang pelajar untuk kumpulan eksperimen. Perbezaan min pencapaian pelajar dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan teknik jigsaw dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian ini telah membuktikan bahawa teknik jigsaw boleh dijadikan satu kaedah alternatif yang berkesan kepada pelajar yang mempelajari teknik jigsaw ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.