UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QD Chemistry
Main Author :Niza Anira Mohd Zanani
Title :Kesan pendidikan hidrasi terhadap tahap pengetahuan dan amalan hidrasi, status hidrasi serta pengambilan air dalam kalangan atlet lelaki sukan berkala Universiti Pendidikan Sultan Idris
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2018
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan pendidikan hidrasi terhadap tahap pengetahuan dan amalan hidrasi, status hidrasi serta jumlah pengambilan air dalam kalangan atlet sukan berkala Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimental dengan reka bentuk kumpulan kawalan pra ujian – pasca ujian. Peserta kajian terdiri daripada 29 orang atlet universiti lelaki dari pasukan bola sepak dan bola baling, berusia dalam lingkungan 21 hingga 25 tahun. Tahap pengetahuan dan amalan hidrasi diuji sebelum dan selepas empat minggu pendidikan hidrasi dengan menggunakan borang soal selidik. status hidrasi diukur setiap minggu sebelum latihan dengan menggunakan refraktometer, peratusan perbezaan berat badan dan warna urin. Sementara itu, jumlah pengambilan air peserta kajian dikira sepanjang tempoh kajian dijalankan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian t sampel berpasangan dan ujian ANOVA berulang. Secara umumnya, tahap pengetahuan hidrasi peserta kajian pada tahap yang memuaskan dengan skor 70 peratus, manakala tahap amalan hidrasi adalah baik dengan skor 82 peratus. Status hidrasi sebelum latihan adalah rendah dengan nilai USG melebihi 1.020. Selepas pendidikan hidrasi diberikan, didapati terdapat peningkatan terhadap tahap pengetahuan hidrasi. Tahap amalan hidrasi peserta juga menunjukkan peningkatan walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Terdapat perbezaan signifikan bagi status hidrasi sebelum dan selepas pendidikan diberikan. Tambahan lagi, jumlah pengambilan air juga menunjukkan perbezaan yang signifikan selepas pendidikan hidrasi dijalankan. Kesimpulannya, pendidikan hidrasi mampu meningkatkan tahap pengetahuan hidrasi, status hidrasi dan jumlah pengambilan air dalam kalangan atlet. Implikasi dari kajian ini adalah semua atlet terutama atlet acara berkala perlu didedahkan dengan strategi hidrasi supaya dapat mencapai prestasi sukan secara optimum.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.