UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan membina dan menguji kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan peta pemikiran i-Think bagi topik Nisbah, Kadar dan Kadaran. Modul pengajaran dibina berdasarkan model Sidek dan model ASSURE dikenali sebagai modul pengajaran berasaskan peta pemikiran i-Think bagi topik Nisbah, Kadar dan Kadaran untuk mata pelajaran Matematik Tingkatan Dua (Pp-Mt2). Nilai kesahan kandungan bagi modul Pp-Mt2 yang di sahkan oleh empat orang pakar adalah baik (86.67%). Manakala kesahan instrumen soal selidik diperolehi melalui semakan tiga orang pakar yang mendapati instrumen adalah baik dan mencukupi bagi mengukur kebolehgunaan modul. Analisis kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dengan nilai alfa Cronbach sebanyak 0.882. Modul Pp-Mt2 diuji kebolehgunaannya melalui kaedah tinjauan terhadap 57 orang sampel yang terdiri daripada guru Matematik Tingkatan Dua di daerah Besut. Dapatan soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata menunjukkan responden berpuas hati dan bersetuju bahawa modul Pp-Mt2 mempunyai tahap kebolehgunaan yang baik dengan min bagi konstruk keberkesanan, kecekapan dan kepuasan masing-masing adalah 4.40, 4.42 dan 4.60. Kesimpulannya, min dan peratus persetujuan responden yang tinggi menunjukkan penggunaan modul Pp-Mt2 yang berasaskan peta pemikiran i- Think diterima baik oleh guru. Implikasinya, penggunaan Pp-Mt2 memberikan peluang kepada murid untuk melahirkan idea dan kreativiti mereka bagi menyelesaikan masalah matematik melalui pernyataan idea dalam bentuk peta pemikiran. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |