UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Foo, Jing Yao
Title :Pembinaan modul i-THINK ungkapan Algebra tingkatan dua (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2017
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membina sebuah modul latihan i-THINK Ungkapan Algebra Tingkatan Dua (Mi-T2) untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Ungkapan Algebra II. Modul latihan Mi-T2 dibina berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek. Teori pembelajaran konstruktivisme, teori pembelajaran kognitif, peta pemikiran dan kemahiran berfikir aras tinggi merupakan tunjang pembinaan modul. Tahap kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul latihan Mi-T2 turut diuji. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan dan kajian kuasi eksperimen. Modul ini dinilai oleh lima panel pakar untuk menentukan kesahan kandungan. Bagi menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan modul latihan Mi-T2, satu kajian telah dijalankan di sebuah sekolah menengah dalam daerah Kinta Utara, Perak. Dua kelas tingkatan dua dipilih melalui pensampelan rawak berkelompok. Kajian dijalankan sepanjang satu bulan dan topik yang dikaji ialah Ungkapan Algebra II. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik keperluan modul Mi-T2, borang penilaian kesahan kandungan modul, soal selidik kebolehpercayaan modul, ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan modul latihan Mi-T2 mempunyai skala persetujuan Cohen’s Kappa 0.89 dan nilai Cronbach Alpha 0.91. Perbandingan min markah bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dalam ujian pasca, tetapi peningkatan min markah bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi. Oleh itu, modul latihan Mi-T2 dapat membantu murid-murid menguasai topik Ungkapan Algebra II dengan lebih berkesan. Kesimpulannya, modul latihan Mi-T2 mempunyai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan modul ini dapat memberi kesan yang positif. Penggunaan modul latihan Mi-T2 memberikan implikasi kepada peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi murid.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)