UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah mengkaji hubungan keseimbangan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah bantuan kewangan luar dan pemboleh ubah ekonomi terhadap pertumbuhan ekonomi di negara-negara Islam berpendapatan rendah atau miskin. Kajian ini melibatkan 16 buah negara OIC menggunakan data siri masa antara tahun 1970 hingga tahun 2012. Kaedah VAR melibatkan ujian kointegrasi dan ujian penyebab Granger diaplikasi bagi mencapai objektif kajian. Hasil analisis kajian menunjukkan pemboleh ubah bantuan kewangan luar berperanan penting mempengaruhi pertumbuhan ekonomi bagi kebanyakan negara dikaji. Negara Benin, Gambia dan Siera Leone menunjukkan wujud pengaruh keseimbangan jangka panjang dengan pemboleh ubah bantuan kewangan luar, manakala Benin, Burkina Faso, Chad, Gambia, Guinea-Bissau dan Mali pula menunjukkan pengaruh dalam jangka pendek. Di samping itu, terdapat beberapa negara yang dianalisis tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bantuan kewangan luar terhadap pertumbuhan ekonomi. Dapatan analisis bercampur ini membuktikan bahawa penyaluran bantuan kewangan luar terhadap sesebuah negara adalah mengikut kepentingan negara penerima. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa bantuan kewangan luar merupakan indikator penting dalam mengurus ekonomi negara berpendapatan rendah. Keberkesanan bantuan kewangan yang diterima memerlukan pengukuran kepentingan bagi pemboleh ubah ini diperluaskan ruang kajian dan tidak dihadkan kepada aspek pertumbuhan ekonomi sahaja. Elemen pembangunan yang dapat dilaksana oleh negara penerima berdasarkan bantuan kewangan yang diterima penting untuk dikaji pada masa depan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |