UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :N Visual arts (General) For photography, see TR
Main Author :Azman Ab.Rahim@Ibrahim
Title :Keberkesanan pembelajaran model koperatif STAD meningkatkan minat, keyakinan dan pencapaian pelajar dalam pendidikan seni visual (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2018
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kaedah model koperatif STAD (Student Teams Achievement Divisions) terhadap minat, keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang catan alam semulajadi. Pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian ini bagi satu kumpulan sahaja dengan beberapa ujian iaitu Ujian PRA, PASCA 1, PASCA 2 dan PASCA 3. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan terdiri daripada 17 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sebagai subjek elektif di salah sebuah sekolah di daerah Muar. Data dianalisis dengan menggunakan perisian program Microsoft Excel. Data peningkatan pencapaian dapat di rekod dan di nilai melalui ujian tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penglibatan pelajar melalui pembelajaran koperatif. Dapatan pelaksanaan kaedah model koperatif STAD telah menunjukkan peningkatan minat, keyakinan serta pencapaian markah pelajar yang lebih tinggi secara signifikan di dalam setiap ujian yang dijalankan berbanding sebelumnya. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan kaedah model koperatif STAD telah berjaya membawa satu perubahan yang positif dalam meningkatkan minat, keyakinan dan pencapaian pelajar di dalam bidang catan alam semulajadi. Implikasi kajian ini, model koperatif STAD boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan seni visual usaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)