UPSI Digital Repository (UDRep)

Identiti tempat pelancongan bagi bandar-bandar kecil lama: kajian kes Teluk Intan dan Batu Gajah

AVAILABLE Thesis 1767 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Identiti tempat pelancongan bagi bandar-bandar kecil lama: kajian kes Teluk Intan dan Batu Gajah
Type
Thesis
Main Author
Mohd Nasuhairree Abdull Manaf
Subject
G Geography (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka identiti tempat pelancongan bagi dua buah bandar kecil lama yang terletak di Teluk Intan dan Batu Gajah, Perak. Di antara lokasi pelancongan Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan dipilih sebagai pusat lokasi pengumpulan data primer dalam kalangan pelancong tempatan. Seramai 250 orang responden di Batu Gajah dan 170 orang di Teluk Intan dipilih sebagai sampel kajian. Responden ditemu bual bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan identiti bagi kedua-dua lokasi pelancongan. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dan temu bual ringkas dianalisis secara deskriptif menggunakan min, jadual silang dan Khi Kuasa Dua untuk memahami identiti tempat pelancongan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa identiti tempat pelancongan di Teluk Intan dan Batu Gajah dikenal pasti sebagai ikon warisan sejarah berbanding dengan ikon pelancongan moden. Walau bagaimanapun, jika strategi perancangan pelancongan tidak konsisten dengan identiti pelancongan yang telah wujud, ia akan menyebabkan berlaku kekeliruan dan kerosakan ikon identiti di destinasi pelancongan. Oleh itu, ikon pelancongan di bandar kecil lama ini perlu diurus dengan teliti untuk memelihara identiti di kawasan pelancongan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.