UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh kepimpinan guru terhadap penambahbaikan budaya sekolah di sekolah rendah kebangsaan di daerah Petaling Perdana

AVAILABLE Thesis 936 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengaruh kepimpinan guru terhadap penambahbaikan budaya sekolah di sekolah rendah kebangsaan di daerah Petaling Perdana
Type
Thesis
Main Author
Nurulain Hamzah
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2018
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh kepimpinan guru terhadap penambahbaikan budaya di Sekolah Rendah Kebangsaan di Daerah Petaling Perdana. Reka bentuk kuantitatif dengan pendekatan deskriptif secara tinjauan digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sekolah dijalankan secara persampelan sistematik di mana 20 buah sekolah rendah kebangsaan telah dipilih di daerah Petaling Perdana, Selangor. Kaedah pensampelan rawak telah digunakan untuk memilih seramai 357 orang guru terlatih. Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif dilakukan untuk menjelaskan tahap kepimpinan guru dan tahap penambahbaikan budaya sekolah, manakala ujian regresi berganda dijalankan untuk menganalisis pengaruh antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan guru dan tahap penambahbaikan budaya sekolah berada pada tahap tinggi. Analisis regresi pula menunjukkan kepimpinan guru merupakan faktor peramal yang memberikan sumbangan yang signifikan (R² = .539) ke atas penambahbaikan budaya sekolah. Namun, hanya dua komponen dalam kepimpinan guru merupakan faktor peramal bagi penambahbaikan budaya sekolah iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (β = 0.246 dan p = 0.00) serta Budaya Kerjasama (β = 0.385 dan p = 0.00). Kesimpulan daripada kajian menunjukkan kepimpinan guru sememangnya mempengaruhi penambahbaikan budaya sekolah. Implikasi kajian diharap dapat memberi kesedaran kepada para guru bahawa kepimpinan guru meliputi konteks dalam dan luar sekolah serta dapat meningkatkan budaya sekolah yang positif.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.