Daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial di mukim Serendah
Type
Thesis
Main Author
Mohd Faizul Muhammad
Subject
HT Communities. Classes. Races
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2018
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji daya tampung dan tahap kepuasan pengguna terhadap kemudahan sosial yang sedia ada di Mukim Serendah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Aspek daya tampung kemudahan sosial dianalisis berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD). Pensampelan rawak mudah berstrata digunakan untuk memilih seramai 400 orang responden di kawasan Mukim Serendah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan daya tampung kemudahan sosial terpilih mengikut kawasan di Mukim Serendah. Kemudahan sosial yang paling banyak tidak memenuhi piawaian seperti digariskan oleh pihak JPBD adalah di Bukit Beruntung. Hampir kesemua kemudahan pendidikan tadika pula memenuhi piawaian seperti yang digariskan oleh pihak JPBD dan selari dengan pandangan pengguna terhadap daya tampung kemudahan tersebut. Tahap kepuasan pengguna pula menunjukkan kemudahan sosial di Mukim Serendah berada pada tahap sederhana sehingga tahap amat tidak memuaskan. Keputusan ujian khi kuasa dua menunjukkan wujud perbezaan bagi kemudahan pendidikan tadika iaitu ( x ²=35.133, p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.