UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Nurul Raihana Abdullah
Title :Nilai-nilai murni merentasi kurikulum menerusi watak utama dalam novel KOMSAS tingkatan lima (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai murni merentas kurikulum yang terdapat dalam setiap novel KOMSAS tingkatan lima yang ditonjolkan oleh watak utama. Kajian berbentuk analisis kandungan ini menganalisis kekerapan penonjolan 16 nilai murni yang digariskan dalam Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang terdapat dalam novel-novel tersebut. Usaha mengenal pasti nilai-nilai murni KBSM ini adalah untuk mengisi kelompangan kajian-kajian terdahulu yang kebanyakannya mengenal pasti nilai murni dalam karya sastera Melayu namun tidak bertujuan dinilai dalam aspek penilaian input merentas kurikulum. Oleh itu, kandungan nilai-nilai murni KBSM tidak dapat dipastikan dengan jelas. Kajian analisis deskriptif ini telah melanjutkan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh sarjana Ariff Mohamad dengan lebih mendalam iaitu ciri ketiga daripada 6 ciri novel KOMSAS yang baik yang telah dikemukakan iaitu ciri ‘mengandungi nilai-nilai murni’. Nilai-nilai murni yang dianalisis adalah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan mental dan fizikal, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat bermasyarakat. Nilai-nilai murni disoroti secara terperinci dari sudut Tiga Komponen Karakter yang Baik oleh Thomas Lickona dan Tiga Dimensi Etika Utama oleh Abdul Rahman Aroff iaitu pentaakulan moral, perasaan moral, dan perlakuan moral. Kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan kekerapan nilai murni yang ditonjolkan oleh watak utama dalam setiap novel KOMSAS tingkatan lima. Walaupun hasil kajian mendapati hanya 3 buah novel yang mengandungi kesemua 16 nilai murni iaitu novel Zon I, Zon II dan Zon IV, sumbangan novel Zon III tidak dinafikan walaupun hanya mencatatkan sebanyak 14 nilai sahaja. Oleh itu, hasil kajian memperakukan keempat-empat buah novel KOMSAS iaitu Songket Berbenang Emas, Tirani, Bimasakti Menari dan Silir Daksina telah menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut penerapan aspek efektif sebagai salah satu teras kepada pembinaan modal insan yang holistik. Kajian ini telah menyumbangkan perincian ciri nilai murni dari sudut Tiga Dimensi Etika Utama dalam proses penilaian novel KOMSAS yang baik dan menjadi panduan kepada penulis novel bagi mengintegrasikan nilai-nilai murni KBSM dalam pembentukan watak utama sesebuah novel.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)