UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan bicara kendiri terhadap kemampuan kapasiti anaerobik dalam kalangan pemain bola sepak SMK Clifford

AVAILABLE Thesis 2138 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan bicara kendiri terhadap kemampuan kapasiti anaerobik dalam kalangan pemain bola sepak SMK Clifford
Type
Thesis
Main Author
Peter Johnson Thominathan
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2018
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur kesan bicara kendiri terhadap kemampuan kapasiti anaerobik dalam kalangan pemain bolasepak SMK Clifford, Kuala kangsar. Kajian bersifat kuantitatif menggunakan Ujian-pra, fasa intervensi dan ujian-pasca sebagai prosedur kajian. Reka bentuk eksperimen berkumpulan menggunakan persampelan rawak berstrata melibatkan 36 orang pelajar sebagai peserta kajian. Reka bentuk match group design digunakan supaya pembahagian peserta dalam kumpulan dibahagi sama rata dan adil. Keputusan ujian Levene menunjukkan pembahagian peserta ke dalam kumpulan adalah setara dan seragam dengan nilai signifikan yang lebih besar iaitu p > .05. Lode Cycle Ergometer dan kaedah bicara kendiri digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan dua kaedah statistik iaitu analisis data demografi respondan dan analisis infrensi menggunakan ujian-t berpasangan dan ANOVA sehala bagi menjawab hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan nilai pekali kolerasi yang tinggi bagi keempat-empat pembolehubah iaitu r > 0.85. Analisis infrensi berdasarkan ujian-t berpasangan menunjukkan nilai yang signifikan p ? 0.05. bagi kempat-empat kumpulan yang menjelaskan bahawa terdapat kesan bicara kendiri terhadap kemampuan kapasiti anaerobik dari ujian pra ke ujian post. Analisis ANOVA sehala tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kumpulan bicara kendiri tanpa bantuan dan dengan bantuan terhadap pencapaian kemampuan kapasiti anaerobik bagi kedua dua bicara kendiri (motivasi dan arahan) dengan nilai signifikan p ? .05. Peningkatan min skor ujian pasca berbanding ujian pra menunjukkan kedua dua bicara kendiri (motivasi dan arahan) memberi kesan terhadap kemampuan kapasiti anaerobik. Namun analisis infrensi tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan diantara bicara kendiri motivasi tanpa bantuan dan dengan bantuan serta diantara kumpulan bicara kendiri arahan tanpa bantuan dan dengan bantuan. Margin perbezaan min skor ujian yang kecil menyebabkan nilai signifikan gagal diperolehi. Implikasi kajian ini dapat memberi kesedaran di kalangan jurulatih dalam meningkatkan prestasi fizikal atlet di sekolah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.