UPSI Digital Repository (UDRep)

Perubahan pengaruh kasta dan agama dalam komuniti Chettiar di semenanjung Malaysia 1957-2010

AVAILABLE Thesis 1275 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perubahan pengaruh kasta dan agama dalam komuniti Chettiar di semenanjung Malaysia 1957-2010
Type
Thesis
Main Author
Nagaeswary Sathivheil
Subject
DS Asia
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2018
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Objektif kajian ini bertujuan untuk membincangkan sejarah dan latar belakang komuniti Chettiar di Semenanjung Malaysia dari tahun 1957 sehingga 2010 yang merangkumi aspek kedatangan, pertapakan, kegiatan ekonomi, hubungan Chettiar serta kasta dan agama. Selain itu, kajian ini juga membincangkan perubahan pengaruh kasta khususnya dalam adab makan, perkahwinan dan hubungan Chettiar dengan masyarakat dalam dan luar komuniti mereka. Di samping itu, kajian ini juga menganalisis perubahan pengaruh kasta dan agama dalam komuniti Chettiar dengan memfokuskan kepada aspek pengurusan kuil, perayaan keagamaan dan hubungan Chettiar di negara ini dengan kuil di India. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan dominasi pengaruh kasta dalam komuniti Chettiar mulai mengalami perubahan bermula daripada tahun 1980-an. Sementara itu, penglibatan Chettiar dalam institusi keagamaan di Semenanjung Malaysia didapati masih mempunyai ciri yang sama sepanjang tempoh kajian. Begitu juga dengan perubahan dalam hubungan Chettiar di negara ini dengan kuil di India didapati hanya bermula sekitar tahun 1980-an. Dapatan kajian ini juga mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada perubahan pengaruh kasta dan agama dalam komuniti Chettiar, iaitu faktor ekonomi, petempatan dan tahap pendidikan. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi pendedahan kepada masyarakat di negara ini dalam memahami pensejarahan Malaysia khususnya dari perspektif sejarah sosial dan sejarah Malaysia amnya.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.