UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Siti Aliaa Hashim
Title :Pembukaan tanah lombong bijih timah di Kalumpang dari tahun 1900 hingga 1940 (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2018
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini menganalisis isu berkaitan dengan pembukaan tanah lombong bijih timah di Kalumpang dari tahun 1900 sehingga 1940. Kajian merangkumi faktor yang mendorong pembukaan tanah iaitu perubahan dalam Undang-undang Tanah Negeri dan galakan pihak British terhadap orang Cina untuk mengusahakan lombong bijih timah dengan pemberian modal dan pengenalan Undang-undang Buruh Cina. Kajian ini juga turnt menilai kesan aktiviti pembukaan tanah lombong di Kalumpang terutamanya dalam aspek pembangunan masyarakat dan insfrastruktur. Pendekatan kualitatif iaitu analisis teks dan dokumen digunakan untuk menganalisis bahan arkib sebagai sumber primier khususnya dokumen pembukaan tanah lombong di Kalumpang semasa pentadbiran British. Selain daripada itu, penelitian terhadap sumber sekunder yang dianggap berkaitan khususnya mengenai pembukaan tanah dan aktiviti perlombongan di Selangor dan Tanah Melayu turut dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kerancakan pembukaan tanah lombong di Kalumpang berpunca daripada perubahan dalam Undang-undang Tanah Negeri dan kedatangan immigran Cina. Sepanjang tempoh 1900 hingga 1940 memperlihatkan persaingan sengit antara pemodal Barat dan pelabur Cina. Peningkatan dalam jumlah permohonan dari hanya dua pada tahun 1900 kepada 78 permohonan pada tahun 1920 memperlihatkan keaktifan aktiviti perlombongan di Kalumpang. Kesannya, berlaku perubahan lanskap tanah dan kependudukan di Kalumpang. Walau bagaimanapun, aktiviti perlombongan di Kalumpang juga sangat terkait dengan isu kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930an sehinggakan jumlah permohonan pembukaan tanah lombong dan hasil perlombongan merosot secara mendadak. Kesimpulannya, kerancakan pembukaan tanah lombong telah memberikan kesan positif kepada perkembangan ekonomi dan infrastuktur di Kalumpang di samping membantu menyusun semula masyarakat. Kajian ini memberi implikasi dalam bentuk membekalkan sumber data penting kepada pihak berkuasa tempatan dalam usaha mengetengahkan daerah Hulu Selangor sebagai salah satu tapak bersejarah negara.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)