UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Adilah Mohammad Mazli
Title :Kesan latihan imageri dalam ketepatan menjaring dan self-efficacy terhadap pemain bola jaring di negeri Perak (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2018
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan latihan imageri terhadap ketepatan menjaring dan kaitannya dengan self efficacy terhadap pemain bola jaring di negeri Perak. Empat puluh lapan orang peserta telah dipilih dan dibahagikan secara rawak selepas menjalani ujian Sports Imagery Ability Measure (SIAM). Peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan intervensi iaitu imageri tradisional, imageri model Physical, Environment, Time, Task, Learning, Emotion and Perspective (PETTLEP) audio dan imageri model PETTLEP audio dan video. Peserta dalam kajian imageri tradisional telah menjalankan intervensi mereka berdasarkan jadual latihan imageri yang telah diberikan manakala imageri model PETTLEP audio serta audio dan video menjalankan intervensi di bawah pengelolaan penyelidik. Intervensi imageri ini dijalankan selama lebih kurang 30 minit sebanyak tiga kali seminggu selama empat minggu. Peserta diuji dengan ujian pra dan pasca ketepatan menjaring serta ujian self efficacy. Melalui ujian-T, terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pra dan pasca ketepatan menjaring bagi semua kumpulan di mana p < .05. Melalui analisis One Way ANNOVA, terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan intervensi imageri PETTLEP audio dan video dan kumpulan imageri tradisional manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan imageri PETTLEP audio dan video serta kumpulan imageri PETTLEP audio di mana nilai p < α = 0.05. Bagi ujian self efficacy, min dan sisihan piawai bagi kumpulan imageri tradisional menunjukkan (M = 59.31, SD = 4.41), imageri model PETTLEP audio (M = 61.48, SD = 8.31) dan imageri model PETTLEP audio video (M = 67.21, SD = 9.99). Dapatan kajian menunjukkan bahawa imageri model PETTLEP audio dan video menunjukkan peningkatan skor ketepatan menjaring dan self efficacy yang paling signifikan. Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini menyokong kegunaan imageri model PETTLEP untuk meningkatkan prestasi ketepatan menjaring pemain bola jaring terutamanya apabila digabungkan dengan pemodelan video. Model imageri PETTLEP ini juga sesuai untuk digunakan dalam permainan bola jaring bagi meningkatkan prestasi menjaring dan self efficacy pemain.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)