UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh faktor dalaman dan luaran terhadap prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas di daerah Port Dickson

AVAILABLE Thesis 1001 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pengaruh faktor dalaman dan luaran terhadap prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas di daerah Port Dickson
Type
Thesis
Main Author
Jeyaganesh Sellvaraju
Subject
HB Economic Theory
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2018
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Seramai 74 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran tersebut di daerah Port Dickson telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang diguna pakai adalah borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai. Dapatan analisis korelasi menunjukkan faktor pencapaian lalu (r=0.446, p=0.000), persekitaran sekolah (r= 0.326, p=0.005), keluarga(r=0.361, p=0.002) dan rakan sebaya (r=0.277, p=0.017) mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan prestasi pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sementara itu, dapatan analisis regresi pula membuktikan bahawa faktor sikap (β=1.283, p=0.048) dan pencapaian lalu (β=2.285, p=0.002) mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Faktor-faktor lain iaitu minat, guru, persekitaran sekolah, keluarga dan rakan sebaya didapati tidak mempengaruhi prestasi mata pelajaran tersebut. Implikasi dapatan kajian mengetengahkan kepentingan penetapan syarat-syarat yang sesuai bagi pelajar yang ingin mengambil mata pelajaran Ekonomi asas di tingkatan empat. Kajian ini juga turut mencadangkan pelaksanaan sistem mentor-mentee bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.