UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Ummu Aiman Ismail
Title :Kajian ciri personaliti kreatif dalam kalangan murid pintar akademik (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap ciri personaliti kreatif dalam kalangan murid pintar akademik (PA) dan menentukan perbezaan ciri personaliti kreatif berdasarkan jantina dan jenis sekolah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian dipilih secara pensampelan bertujuan dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) aliran Kelas Rancangan Khas (KRK). Seramai 120 orang murid Tingkatan Dua yang memperoleh 5A dalam peperiksaan peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terlibat sebagai sampel kajian, berdasarkan model pintar cerdas Gagne dan Piirto. Data diperoleh melalui soal selidik Inventori Personaliti Kreatif yang dibina berdasarkan empat konstruk sahaja daripada lima konstruk dalam Five Core Attitudes (Piirto). Dapatan kajian menunjukkan sampel murid PA ini mempunyai tahap ciri personaliti kreatif yang tinggi secara keseluruhan (M=3.83, SP=.3031), dan dalam keempat-empat aspek konstruk dalam ciri personaliti kreatif iaitu keterbukaan terhadap pengalaman, toleransi terhadap kesamaran, pengambilan risiko, dan disiplin kendiri. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ciri personaliti kreatif secara keseluruhan berdasarkan jantina. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ciri personaliti kreatif yang signifikan berdasarkan jenis sekolah. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan faktor jenis sekolah mempengaruhi ciri personaliti kreatif murid PA dalam aspek toleransi terhadap kesamaran dan pengambilan risiko. Implikasi kajian ini memberi petunjuk bahawa jenis sekolah amat berperanan dalam membentuk personaliti kreatif murid. Justeru, aspek personaliti kreatif ini boleh dijadikan asas kepada kajian masa depan yang berhubungkait dengan perkembangan kreativiti.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)