UPSI Digital Repository (UDRep)

Perbandingan pencapaian komponen kecergasan dengan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak bawah 12 tahun daerah Gombak dan daerah Petaling Perdana

AVAILABLE Thesis 2771 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perbandingan pencapaian komponen kecergasan dengan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak bawah 12 tahun daerah Gombak dan daerah Petaling Perdana
Type
Thesis
Main Author
Asrezamane Zakaria
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan program latihan sedia ada terhadap pencapaian komponen kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak daerah Gombak dan pemain bola sepak daerah Petaling Perdana. Sampel kajian terdiri daripada 16 orang pemain bola sepak daerah Gombak dan 16 orang pemain bola sepak daerah Petaling Perdana berumur 12 tahun yang mengikuti program latihan daerah masing-masing. Instrumen kajian yang digunakan ialah empat jenis ujian kecergasan iaitu ujian Lari Pecut 20 meter, ujian Lompat Jauh Berdiri, ujian Pacer (Multistage Fitness Test) dan ujian Lari Ulang Alik 10 meter. Manakala tiga jenis ujian yang digunakan untuk menguji kemahiran spesifik bola sepak adalah ujian kepantasan menggelecek bola, ujian ketepatan menjaring bola dan ujian ketepatan hantaran bola. Hasil analisis ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan dari segi skor ujian kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak daerah Gombak dan pemain bola sepak daerah Petaling Perdana iaitu ujian Pacer (Multistage Fitness Test) p = .705, ujian tahap ketangkasan p = .406, ujian tahap kelajuan p = .731, ujian kepantasan mengelecek bola p = 1.00, ujian ketepatan menjaringkan gol p = .215 dan ujian ketepatan menghantar bola p = .619. Ujian kuasa sahaja menunjukkan perbezaan yang signifikan tetapi perbezaan nilai min di antara kedua-dua pasukan ini hanya 0.15. Sebagai rumusan, penyelidik berpendapat, walaupun program latihan kedua-dua kumpulan berkesan dengan dapatan kajian yang hampir sama, program latihan ini perlu dikaji semula dan dibuat penambahbaikan dari segi faktor kesesuaian prinsip dan kaedah latihan dalam program latihan, perancangan periodisasi yang sistematik, kemahiran psikologi dan penilaian berkala dari aspek fizikal dan mental. Selain daripada itu, jurulatih daerah Gombak perlu mempelbagaikan kaedah latihan dengan mengintegrasikan program latihan bola masteri dan kemahiran psikologi sepertimana yang dilaksanakan oleh pasukan daerah Petaling Perdana supaya mencapai prestasi yang setanding dengan pasukan daerah Petaling Perdana.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.