UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan koswer realiti maya terhadap pencapaian pelajar yang berbeza tahap kemahiran memvisualisasi ruang dan tahap kreativiti

AVAILABLE Thesis 1631 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan koswer realiti maya terhadap pencapaian pelajar yang berbeza tahap kemahiran memvisualisasi ruang dan tahap kreativiti
Type
Thesis
Main Author
Mohd Saidi Yusof
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mereka bentuk, membangun dan mengkaji perbezaan kesan penggunaan koswer realiti maya dan multimedia interaktif terhadap pencapaian pelajar yang berbeza tahap kemahiran memvisualisasi ruang dan tahap kreativiti dalam pembelajaran Rumah Tradisional Melayu Terengganu. Pembinaan kedua-dua koswer ini dilakukan dengan menggunakan Model Alessi dan Trollip. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksprimen digunakan bagi menilai kesan pembelajaran menggunakan kedua-dua koswer terhadap pencapaian pelajar. Pemilihan subjek kajian dilakukan secara pensampelan rawak mudah melibatkan 187 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di dua buah sekolah, daerah Hulu Terengganu. Subjek kajian terdiri daripada 80 orang pelajar kumpulan koswer realiti maya dan 107 orang pelajar kumpulan koswer multimedia interaktif. Tiga jenis instrumen yang digunakan adalah ujian pencapaian bertajuk Rumah Tradisional Melayu Terengganu, Ujian Spatial Visualisation Ability Test Instrument dan Ujian Pemikiran Kreatif Torrance dan Guilford. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif menjelaskan tahap pencapaian pelajar, tahap kemahiran memvisualisasi ruang dan tahap kreativiti pelajar manakala statistik inferens menggunakan Ujian ANCOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pelajar pada kedua-dua kumpulan. Kumpulan koswer realiti maya memperoleh pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan koswer multimedia interaktif. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pelajar bagi tahap kemahiran memvisualisasi ruang tinggi dan rendah, serta tahap kreativiti tinggi dan rendah. Kumpulan koswer realiti maya memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan koswer multimedia interaktif. Kesimpulan kajian menunjukkan penggunaan koswer realiti maya telah meningkatkan pencapaian pelajar yang berbeza tahap kemahiran memviuslisasi ruang dan tahap kreativiti dalam pembelajaran Rumah Tradisional Melayu Terengganu. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan koswer realiti maya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.