UPSI Digital Repository (UDRep)

Model kompetensi guru pengaturcaraan berasaskan sistem pendidikan di Malaysia

AVAILABLE Thesis 2720 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Model kompetensi guru pengaturcaraan berasaskan sistem pendidikan di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Nor Masharah Husain
Subject
LA History of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model kompetensi guru pengaturcaraan bagi meneroka komponen dan elemen yang diperlukan dalam melahirkan guru pengaturcaraan yang kompeten. Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) untuk membangunkan model yang terbahagi kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan menggunakan soal selidik berbentuk semi struktur yang diedarkan kepada 45 orang guru yang mengajar bidang pengaturcaraan bagi meninjau keperluan dalam membangunkan model kompetensi guru. Fasa kedua pula melibatkan proses reka bentuk dan pembangunan model kompetensi yang melibatkan 29 orang pakar secara keseluruhan bagi proses pembinaan dan pengesahan komponen dan elemen model. Fasa ini juga meliputi proses pembangunan model pula menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) bagi mendapatkan kesepakatan terhadap komponen dan elemen kompetensi yang dipersetujui panel pakar. Fasa terakhir adalah penilaian model yang menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan 312 orang guru yang mengajar bidang pengaturcaraan di sekolah menengah seluruh Malaysia. Dapatan fasa pertama mendapati wujud keperluan dalam membangunkan model kompetensi guru pengaturcaraan. Dapatan fasa kedua mengemukakan 49 elemen dari tujuh komponen kompetensi utama yang meliputi kompetensi pengetahuan kandungan, pedagogi, penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi, sikap dan kepercayaan, motivasi dan integrasi dengan bidang lain. Hasil dapatan fasa ketiga menunjukkan hubungan signifikan yang positif dalam setiap komponen model terhadap tahap kompetensi guru. Keseluruhan dapatan bagi kajian pembangunan model kompetensi ini memberi implikasi yang positif dan berupaya menjadi panduan kepada guru dalam mengenal pasti apakah aspek dan faktor yang harus ditekankan untuk menjadi seorang guru pengaturcaraan yang kompeten.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.