UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Maziyah Mohammad
Title :Mereke bentuk strategi metakognitif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi untuk pengajaran dan pembelajaran bacaan Bahasa Melayu
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2018
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk pengajaran menggunakan strategi bacaan metakognitif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Kajian juga bertujuan untuk meningkatkan penguasaan KBAT dalam pembelajaran pelajar dan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru. Kajian melibatkan dua fasa iaitu membina reka bentuk pengajaran dan menilai kesesuaian reka bentuk pengajaran yang dibina. Pembinaan reka bentuk pengajaran dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkah-langkah yang terkandung dalam Model Reka Bentuk Pengajaran Dick and Carey. Penilaian kesesuaian reka bentuk pengajaran melibatkan tiga kategori peserta kajian iaitu seorang pakar, tiga orang guru dan tiga puluh enam orang pelajar. Kajian yang dijalankan, bersifat reka bentuk dan pembangunan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Sumber dokumen digunakan dalam membina reka bentuk pengajaran. Instrumen pemerhatian dan temu bual digunakan bagi menilai kesesuaian pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Data dianalisis secara diskriptif dan diproses secara manual berpandukan Model Interaktif Komponen Analisis Data. Hasil analisis kajian mendapati peserta pakar dan peserta guru bersetuju bahawa Reka Bentuk Strategi Metakognitif - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (SM-KBAT) sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Pelajar didapati mampu mengikuti setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kesimpulan kajian menunjukkan, Reka Bentuk SM-KBAT sesuai untuk pengajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Isi kandungan pengajaran adalah relevan, objektif pengajaran boleh dicapai, strategi pengajaran boleh dilaksanakan dan berupaya menarik minat pelajar. Implikasi kajian menunjukkan Reka Bentuk SMKBAT sesuai untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pemahaman bacaan Bahasa Melayu. Penggunaan Reka Bentuk SM-KBAT dapat meningkatkan penguasaan KBAT pelajar dan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.