UPSI Digital Repository (UDRep)

Estetika ukiran keliring dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga Sarawak

AVAILABLE Thesis 1718 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Estetika ukiran keliring dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Ananthan Nagu
Subject
NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2018
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian kes kualitatif ini bertujuan untuk menjelaskan nilai-nilai estetika ukiran keliring dalam konteks institusi sosial Orang Ulu di Daerah Belaga, Sarawak. Kajian ini dilakukan berdasarkan senario semasa dan permasalahan dalam konteks institusi sosial dalam menangani cabaran melestarikan estetika ukiran keliring mendepani arus globalisasi. Kutipan data kajian ini dilakukan di Rumah Panjang Punan Bah, di Rumah Panjang Tinjar, di Muzium Negeri Sarawak dan di Muzium Negara Kuala Lumpur. Sumber data utama diperoleh melalui temu bual terhadap sembilan orang informan dalam kalangan Orang Ulu yang berasal dari Belaga yang berumur antara 50 dan 90 tahun. Maklumat data lain diperoleh melalui kaedah pemerhatian, fotografi dan analisis dokumen. Kajian estetika ukiran keliring ini dilakukan berlandaskan prinsip-prinsip estetika oleh Zakaria Ali (1989) dan ciri-ciri institusi sosial yang telah dikemukakan oleh Hobbs dan Blank (1978). Dapatan kajian ini menunjukkan kepelbagaian motif yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, menggambarkan prinsip perlambangan, bersatu, berguna, bermakna, berlawan dan prinsip halus yang diadaptasi daripada unsur alam di Sarawak. Nilai estetika motif ukiran ini juga lebih menyerlah dengan terdapatnya simbol, ideologi dan kod tingkah laku yang berkait dengan institusi sosial masyarakat Orang Ulu. Implikasinya penekanan kepada pengembangan teori, kepentingan praktis dan pelestarian motif-motif ukiran keliring wajar dipelihara dan dilestarikan

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.