UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Liza Saad
Title :Pentaksiran pembelajaran kemahiran asas bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani tahun 4 (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pentaksiran pembelajaran kemahiran asas terhadap pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4. Analisis perbandingan pencapaian standard prestasi pembelajaran antara murid sekolah bandar dengan luar bandar turut dikaji. Kajian juga menilai hubungan antara pencapaian pentaksiran formatif dengan pentaksiran sumatif. Sehubungan itu, penggunaan instrumen pentaksiran pembelajaran juga ditentukan melalui soal selidik persepsi guru. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian pra eksperimen - kajian kes sekali telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian melibatkan 18 orang guru Pendidikan Jasmani dan 544 orang murid Tahun 4 di 10 buah sekolah rendah daerah Hulu Selangor, Malaysia. Kajian ini menggunakan instrumen pentaksiran pembelajaran dan soal selidik persepsi guru. Kaedah pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri turut digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul data yang mengukur pencapaian standard prestasi aspek pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif murid. Keputusan kajian mendapati standard prestasi pembelajaran murid adalah pada pencapaian baik. Kajian ini juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4 antara kategori sekolah bandar dengan luar bandar. Dalam pada itu, analisis data menunjukkan wujud hubungan yang sederhana dan signifikan antara pencapaian pentaksiran pembelajaran formatif murid dengan pencapaian pentaksiran pembelajaran sumatif mengikut kategori sekolah bandar dan luar bandar. Manakala, analisis persepsi guru menyatakan bersetuju bahawa instrumen pentaksiran pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi kemahiran asas permainan kategori serangan. Dengan demikian, instrumen pentaksiran pembelajaran wajar digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani khususnya permainan kategori serangan agar guru dapat menilai murid secara menyeluruh dari aspek pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif. Maka, hasrat PPPM 2013-2025 berkaitan kurikulum dapat dicapai.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)