UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara ini bertujuan mengkaji kesan strategi berasaskan perancah metakognitif (PM) terhadap prestasi, kesedaran metakognitif dan kecekapan pengajaran berbanding dengan strategi pengajaran konvensional (PK). Respons murid terhadap penerapan strategi PM juga dikenal pasti. Sampel kajian dipilih secara rawak melibatkan 60 orang murid Tingkatan Lapan SMPN 5 Malang, Indonesia yang terdiri daripada kumpulan eksperimen (n=30) melaksanakan pembelajaran menggunakan strategi PM dan kumpulan kawalan (n=30) melaksanakan pengajaran menggunakan strategi PK. Empat soal selidik digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian Prestasi Matematik, Inventori Kesedaran Metakognitif, Skala Penilaian Usaha Mental Paas, dan Soal Selidik Respons Murid. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratus serta statistik inferens iaitu ujian-t dan ANOVA 2-hala. Kecekapan pengajaran dikira menggunakan kaedah indeks kecekapan pengajaran 2- D. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik menggunakan strategi PM lebih baik berbanding dengan strategi pengajaran konvensional dengan kumpulan PM mempunyai prestasi dan kesedaran metakognitif yang lebih baik serta menggunakan kurang usaha mental berbanding strategi PK. Kesimpulannya, P&P matematik yang menggunakan strategi PM lebih cekap berbanding strategi PK. Ini dikukuhkan lagi dengan respons positif murid terhadap pelaksanaan strategi PM seperti strategi yang menarik, baharu, mudah dan senang digunakan dalam meningkat kefahaman belajar. Implikasi kajian ialah strategi PM boleh digunakan sebagai asas dalam P&P matematik secara berterusan dalam rangka teori konstruktivisme, seterusnya menjadi amalan rutin dalam P&P yang mampu mendokong kefahaman penyelesaian masalah matematik. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |