UPSI Digital Repository (UDRep)

Pencapaian kualiti dalam penulisan karangan mod eksposisi berdasarkan pendekatan kontekstual

AVAILABLE Thesis 1124 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pencapaian kualiti dalam penulisan karangan mod eksposisi berdasarkan pendekatan kontekstual
Type
Thesis
Main Author
- Sri Indrawati,
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji pencapaian kualiti penulisan karangan mod eksposisi oleh pelajar berdasarkan Pendekatan Kontekstual. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah kuasi eksperimen, manakala kualitatif menggunakan kaedah analisis karangan. Kaedah kuasi eksperimen digunakan bagi mengukur pencapaian penulisan karangan pelajar, manakala kaedah analisis karangan digunakan untuk menentukan kualiti karangan. Sampel kajian ialah pelajar tingkatan sepuluh Sekolah Menengah Atas Negeri 7 Palembang. Seramai 108 orang pelajar menjadi sampel kajian yang terdiri daripada 36 orang pelajar bagi kumpulan Pendekatan Kontekstual, 36 orang pelajar bagi kumpulan Pendekatan Induktif dan 36 orang pelajar bagi kumpulan Pendekatan Deduktif. Instrumen kajian ialah satu set soalan ujian karangan pra dan pasca serta senarai semak karangan. Ujian ANOVA Dua Hala digunakan untuk menganalisis pencapaian penulisan karangan. Kualiti karangan pula dianalisis menerusi pendekatan tematik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian dalam penulisan karangan eksposisi bagi pelajar yang didedahkan dengan Pendekatan Kontekstual berbanding Pendekatan Induktif dan Deduktif. Pencapaian penulisan karangan pelajar yang didedahkan dengan Pendekatan Kontekstual lebih baik daripada Induktif dan Deduktif. Selain itu, kualiti penulisan pelajar berdasarkan isi, struktur dan bahasa adalah signifikan dari asepk jantina. Dapatan kajian ini secara langsung menunjukkan bahawa Pendekatan Kontekstual memberikan kesan positif terhadap pencapaian penulisan karangan pelajar. Pendekatan Kontekstual sesuai digunakan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan di sekolah menengah atas awam yang lain. Implikasi kajian ini ialah Pendekatan Kontekstual memberikan impak yang tinggi untuk peningkatan pencapaian dan kualiti karangan pelajar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.