UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan program pendidikan ketenteraan dengan amalan kerohanian anggota tentera Malaysia

AVAILABLE Thesis 2114 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan program pendidikan ketenteraan dengan amalan kerohanian anggota tentera Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Nadzri Musnman
Subject
U Military Science (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan Program Pendidikan Ketenteraan yang terdapat dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera PMAT 9/91 dan hubungannya dengan amalan kerohanian anggota tentera Malaysia. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia sama ada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat. Kajian ini menggunakan 381 sampel yang terdiri daripada anggota ATM di ketiga-tiga perkhidmatan; Darat, Laut dan Udara di seluruh Malaysia. Dua instrumen kajian dibina sendiri oleh penyelidik iaitu soal selidik berkaitan dengan Program Pendidikan Ketenteraan dan amalan kerohanian anggota tentera. Data kuantitatif daripada dua set soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package For Sosial Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai Ujian t-Test, ANOVA dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan tahap pelaksanaan Program Pendidikan Ketenteraan berada pada tahap sederhana tinggi. Penghayatan amalan kerohanian anggota ATM juga berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis inferensi terhadap 17 hipotesis mendapati sepuluh daripada hipotesis diterima dan tujuh hipotesis yang lainnya ditolak. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Program Pendidikan Ketenteraan dengan penghayatan amalan kerohanian anggota ATM (r=0.627, p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.