UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Ang Shu Zen
Title :Tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, tahap penguasaan dan minat guru sains SJKC terhadap kemahiran proses sains (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, tahap penguasaan dan minat guru sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terhadap kemahiran proses sains (KPS). Kajian ini menggunakan penilaian proses dalam Model Context Input Process Product (CIPP) yang diasaskan oleh Stufflebeam. Kajian ini juga mengesan perbezaan guru sains SJKC dalam tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, penguasaan dan minat terhadap KPS berdasarkan pengalaman mengajar, opsyen, tahap yang diajar, umur dan bilangan kursus sains yang dihadiri. Pendekatan kuantitatif dengan kajian tinjauan keratan rentas telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan semua guru sains SJKC di Daerah Batang Padang, iaitu sebanyak 70 orang sampel. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu soal selidik, ujian bertulis dan ujian objektif aneka pilihan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferens. Analisis deskriptif digunakan untuk menjelaskan tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, tahap penguasaan dan minat subjek kajian, manakala analisis inferens melibatkan Ujian Mann-Whitney dan Ujian Kruskal- Wallis untuk menerangkan perbezaan antara kumpulan demografik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru sains SJKC agak biasa terhadap KPS (μ= 2.81) dengan terdapat perbezaan antara guru yang berbeza pengalaman mengajar sains (p=0.015) dan juga antara guru yang berbeza dalam bilangan kursus sains yang pernah dihadiri (p=0.013). Dapatan kajian juga menunjukkan kefahaman konseptual guru sains SJKC terhadap KPS adalah berada pada tahap yang rendah (μ=2.00). Pengalaman mengajar yang berbeza antara guru menunjukkan tahap kefahaman konseptual yang berbeza (p=0.003). Sebaliknya, tahap penguasaan guru sains SJKC terhadap KPS adalah tinggi dengan markah purata individu setinggi 82.6 markah. Didapati tahap penguasaan guru major sains adalah lebih tinggi berbanding dengan guru bukan major sains (U=144.5, p=0.009). Akhir sekali, guru sains SJKC kurang berminat untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang KPS (μ=2.32). Bilangan kursus sains yang dihadiri oleh guru mempengaruhi minat mereka untuk mempelajari KPS dengan lebih lanjut (p=0.017). Kesimpulannya, tahap kefahaman konseptual dan minat guru sains SJKC berada pada tahap yang rendah. Implikasi kajian menunjukkan lebih banyak kursus KPS perlu dilaksanakan untuk mengubah situasi ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)