Pembinaan dan keberkesanan pembaris garis nombor terhadap pencapaian operasi asas Matematik dalam kalangan murid prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Nurul Amalina Jajuli
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2018
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengkaji keberkesanan Pembaris Garis Nombor (PGN) terhadap pencapaian empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam kalangan murid prasekolah. Reka bentuk kuasi eksperimen ujian-pra dan ujian-pos kumpulan kawalan tidak setara telah digunakan. Seramai 50 orang murid dipilih daripada dua buah kelas prasekolah di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Hulu Selangor secara pensampelan rawak kluster. Seramai 25 orang murid daripada kumpulan rawatan menjalani proses intervensi selama lapan minggu menggunakan PGN manakala 25 orang murid daripada kumpulan kawalan melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan secara konvensional. Berdasarkan analisis ujian-t sampel tidak bersandar, min markah murid kumpulan rawatan adalah berbeza dengan min markah murid kumpulan kawalan secara signifikan [t(48) = 8.251, p < 0.05]. Kesimpulannya, murid yang menjalani pembelajaran dan pemudahcaraan dengan menggunakan PGN menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam empat operasi asas matematik berbanding murid daripada kumpulan kawalan. Implikasi kajian ini menunjukkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan di Malaysia perlu menitik beratkan penggunaan alat bantu mengajar di dalam kelas untuk membolehkan murid prasekolah lebih mudah memahami konsep matematik yang dipelajari.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.