UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis corak perbelanjaan penerima bantuan awal persekolahan dalam kalangan ibu bapa

AVAILABLE Thesis 1401 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis corak perbelanjaan penerima bantuan awal persekolahan dalam kalangan ibu bapa
Type
Thesis
Main Author
Zulkainain Ahmad
Subject
HJ Public Finance
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan mengikut latar belakang demografi dan sosio ekonomi penerima bantuan terhadap perbelanjaan persekolahan anak-anak dalam kalangan ibu bapa. Kajian juga dijalankan untuk mengetahui persepsi penerima bantuan terhadap bantuan awal persekolahan yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi dipilih untuk menjawab tiga persoalan kajian dan lima hipotesis. Seramai 367 orang di sekitar kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dipilih menjadi responden menggunakan teknik persampelan rawak berlapis. Satu set borang soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Beberapa ujian statistik digunakan bertujuan menguji hipotesis kajian, antaranya analisis ujian-t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina dan etnik responden dengan corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan. Namun, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara bilangan tanggungan, taraf pendidikan dan jumlah pendapatan responden dengan corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa perbezaan latar belakang sosio ekonomi ibu bapa membentuk satu corak perbelanjaan bantuan awal persekolahan yang berbeza. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pemberian wang bantuan awal persekolahan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan dan dibelanjakan ke arah aspek pendidikan anak-anak melebihi aspek bukan pendidikan oleh ibu bapa.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.