Hubungan kepimpinan instruksional dengan penerimaan persekitaran pembelajaran maya di sekolah-sekolah menengah daerah Kinta Selatan, Perak
Type
Thesis
Main Author
Noraznira Ismail
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Full Text
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan kepimpinan instruksional pengetua dengan penerimaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) FROG dalam Daerah Kinta Selatan di Negeri Perak. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 291 orang guru di sepuluh buah sekolah menengah Daerah Kinta Selatan, Perak. Data diperolehi dan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian secara keseluruhannya menjelaskan amalan kepimpinan instruksional pengetua di Daerah Kinta Selatan adalah pada tahap tinggi manakala penerimaan VLE FROG dalam kalangan guru pula adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua dimensi kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua berdasarkan jantina pengetua. Penerimaan VLE FROG pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk Jangkaan Usaha, Jangkaan Prestasi, Pengaruh Sosial, dan Keadaan Kemudahan berdasarkan faktor jantina dan tempoh pengalaman mengajar. Dapatan kajian daripada analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan penerimaan VLE FROG di sekolah-sekolah yang dikaji. Implikasi kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan instruksional pengetua berupaya mempengaruhi penerimaan VLE FROG dalam kalangan guru. Justeru, maklumat ini diharap dapat menjadi asas kepada kajian lanjutan yang lain bagi meluaskan kajian berkaitan pengaruh dan kesan Kepimpinan Instruksional pengetua ke atas penerimaan adaptasi teknologi pendidikan di sekolah selain VLE FROG.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.