UPSI Digital Repository (UDRep)

Adaptasi kesusasteraan rakyat cerita jenaka Melayu dalam karya seni cetakan kontemporari

AVAILABLE Thesis 2157 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Adaptasi kesusasteraan rakyat cerita jenaka Melayu dalam karya seni cetakan kontemporari
Type
Thesis
Main Author
Hazrul Mazran Rusli
Subject
NE Print media
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2018
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text

Tujuan kajian ini ialah untuk menghasilkan satu badan karya cetakan blok kayu berdasarkan adaptasi terhadap bahan kesusasteraan rakyat Melayu. Bentuk kesusasteraan yang dipilih adalah cerita jenaka Melayu. Sebanyak tiga buah cerita jenaka telah dipilih sebagai subjek kajian iaitu Lebai Malang, Pak Pandir dan Si Luncai. Kajian ini memfokuskan terhadap unsur-unsur didaktik atau bersifat pengajaran yang terkandung dalam teks-teks jenaka tersebut. Pendekatan Teori Adaptasi dan kaedah eksplorasi visual diaplikasikan ke dalam kajian. Temu bual bersama seniman dan ilmuan seni turut digunakan bagi mendapatkan maklum balas. Kajian ini telah merujuk kepada tujuh belas hasil karya seniman tempatan dan antarabangsa yang berpameran dalam tiga siri pameran solo dan dua berkumpulan. Seniman-seniman tempatan yang dirujuk di dalam penyelidikan ini adalah Kamal Sabran, Samsuddin Wahab, Hasnul J. Saidon (pameran berkumpulan ‘Mea Culpa’ 2008), Juhari Said (Siri Simpulan Bahasa 1997-2003) dan Zulkifli Yusoff (Pelayaran Munshi Abdullah, 2003). Manakala seniman antarabangsa yang dirujuk adalah Monica Bengoa, Ernesto Neto, Marilá Dardot, Ellida Tessler (pameran berkumpulan ‘The Storyteller 2012) dan Jirapat Tatsanasomboon (Siri ‘The Desires of Nonthok’ 2013). Karya-karya rujukan dianalisa dengan menggunakan pendekatan Teori Kritikan Seni oleh Feldman. Proses penyelidikan studio dijalankan melalui tiga fasa utama pembangunan. Karya-karya yang telah dihasilkan sepanjang fasa-fasa pembangunan penyelidikan telah dipamerkan dalam dua pameran berkumpulan tempatan dan antarabangsa iaitu pameran berkumpulan POP PARADOX di Kapalorek Artspaces pada 6 Januari 2016 dan pameran Projek Kolaborasi Seni Antarabangsa Siri 3 UPSI – Universiti Thaksin di The Southern Thai Art Center pada 26 Disember 2015. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa bahan buku teks cerita jenaka kesusasteraan rakyat, mempunyai nilai dan potensi untuk diolah ke dalam bentuk karya seni visual. Implikasi kajian ini juga, menunjukkan bahawa proses adaptasi bahan kesusasteraan ke dalam bentuk karya seni visual berjaya memperkayakan dan memartabatkan kedua-dua bentuk kesenian ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.