Faktor mempengaruhi komitmen organisasi dalam pelaksanaan 5S: satu kajian tinjauan di Kolej Vokasional Negeri Selangor
Type
Thesis
Main Author
Norwahidah Alias
Subject
HD Industries. Land use. Labor
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan menguji faktor dominan yang mempengaruhi komitmen tenaga pengajar di Kolej Vokasional di Negeri Selangor dalam pelaksanaan 5S. Amalan 5S melibatkan aktiviti (i) Sisih - Seiri, (ii) Susun - Seiton, (iii) Sapu - Seiso, (iv) Seragam - Seiketsu dan (v) Sentiasa Amal - Shitsuke. Kaedah persampelan berstrata dipilih sebagai teknik persampelan memandangkan populasi kajian tidak seragam dari segi jantina, umur dan bangsa. Sampel kajian ini melibatkan 242 orang tenaga pengajar. Kemudian saiz sampel dibahagikan pula kepada lapan buah Kolej Vokasional berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970). Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan inferensi. Analisis statistik deskriptif menunjukkan Amalan 5S berada pada tahap yang tinggi. Ini bermakna Amalan 5S telah diterapkan dalam diri setiap warga pendidik Kolej Vokasional Negeri Selangor. Analisis Ujian t dan ANOVA satu hala dijalankan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan dalam komitmen organisasi berdasarkan faktor yang telah ditentukan. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk faktor jawatan, umur dan latihan kualiti yang diterima. Perbezaan ciri-ciri komitmen organisasi didapati wujud bagi faktor jantina, bangsa dan penerimaan latihan 5S. Analisis juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara Amalan 5S dan komitmen organisasi. Faktor yang dominan mempengaruhi komitmen organisasi adalah jantina dan penerimaan latihan 5S. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan amalan 5S dapat mempengaruhi komitmen warga organisasi Kolej Vokasional Negeri Selangor. Implikasi kajian menunjukkan amalan 5S dapat melahirkan warga Kolej Vokasional yang bermotivasi, kreatif, inovatif, positif serta mempunyai pelbagai kemahiran untuk merealisasikan visi dan misi organisasi.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.