Amalan penggunaan air secara lestari : kajian kes dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Kinta Utara, Perak
Type
Thesis
Main Author
Uma Mariapan
Subject
TD Environmental technology. Sanitary engineering
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2018
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap, hubungan serta sumbangan antara pemboleh ubah pengetahuan, nilai, kemahiran, sikap terhadap amalan penggunaan air secara lestari dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kinta Utara, Perak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan serta soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 420 orang pelajar Tingkatan 4 dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah manakala pemilihan sampel sekolah adalah secara rawak berstrata. Analisis deskriptif (min, peratus) dan analisis inferensi (ujian-t, korelasi Pearson, regresi linear) digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (M=3.97, SP=.48), nilai (M=4.16, SP=.65), sikap (M=3.99, SP=.58) berada pada tahap tinggi manakala amalan penggunaan air (M=3.58 dan SP=.52) berada pada tahap sederhana. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan penggunaan air berdasarkan jantina t(418)=.22, p>.05 dan aliran pendidikan t(418)=1.66, p>.05. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan penggunaan air secara lestari terhadap pengetahuan r(418)=.273, p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.