UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan kaedah mnemonik akrostik dalam mempelajari topik formula sebatian ionik terhadap pencapaian, sikap dan motivasi pelajar. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen ini melibatkan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Kuantan, Pahang. SampeI kajian adalah dua buah kelas sains dengan setiap kelas terdiri daripada 30 orang pelajar dan ditentukan secara rawak berkelompok. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu ujian pencapaian, soal-selidik sikap dan soal-selidik motivasi. Min, peratus, ujian-t dan ujian korelasi Pearson digunakan untuk analisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap bagi setiap dimensi sikap dan dimensi motivasi dalam kumpulan rawatan. Basil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |