Penggunaan kaedah mnemonik akrostik dalam topik formula sebatian ionik dan kesannya terhadap pencapaian, sikap dan motivasi pelajar
Type
Thesis
Main Author
Nik Mawar Hanifah Nik Hassan
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan kaedah mnemonik akrostik dalam mempelajari topik formula sebatian ionik terhadap pencapaian, sikap dan motivasi pelajar. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen ini melibatkan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Kuantan, Pahang. SampeI kajian adalah dua buah kelas sains dengan setiap kelas terdiri daripada 30 orang pelajar dan ditentukan secara rawak berkelompok. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu ujian pencapaian, soal-selidik sikap dan soal-selidik motivasi. Min, peratus, ujian-t dan ujian korelasi Pearson digunakan untuk analisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap bagi setiap dimensi sikap dan dimensi motivasi dalam kumpulan rawatan. Basil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.