UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan menganalisis amalan pengajaran dalam menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh guru cemerlang matematik. Pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes dilaksanakan dalam kajian ini. Sampel kajian melibatkan tiga orang guru cemerlang matematik sekolah menengah di daerah Port Dickson. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian pengajaran dan pembelajaran (PdP), temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Pemerhatian PdP terhadap peserta kajian dilakukan sebanyak tiga kali dan sesi temu bual pra pemerhatian dan pasca pemerhatian dijalankan untuk setiap sesi PdP tersebut. Dokumen yang dianalisis ialah rancangan pengajaran harian, lembaran kerja dan buku latihan murid. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru cemerlang matematik mempunyai pengetahuan tentang KBAT yang menepati dengan definisi KBAT oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Unsur pada aras aplikasi kerap digunakan oleh guru cemerlang matematik dalam menerapkan KBAT. Walaubagaimanapun mereka menghadapi beberapa kekangan dalam melaksanakan amalan penerapan ini seperti masa, tahap kecemerlangan murid, dan kebolehan murid yang berbeza. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa amalan penerapan unsur KBAT oleh guru cemerlang matematik tidak dilaksanakan secara menyeluruh dalam PdP matematik. Implikasi kajian ini ialah guru cemerlang matematik perlu menambahbaik amalan penerapan unsur KBAT supaya PdP mereka lebih berkesan dan seterusnya satu kerangka proses penerapan unsur KBAT yang holistic dapat dibangunkan untuk member panduan kepada guru matematik lain. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |