Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan amali kerja kayu dari perspektif pelajar sekolah vokasional di provinsi Aceh
Type
Thesis
Main Author
Muntasir Lailan Fachrah,
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Full Text
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan dan tahap keberkesanan amali kerja kayu dari perspektif pelajar sekolah vokasional di Provinsi Aceh. Antara faktor-faktor yang dikaji ialah faktor kelengkapan, keselamatan, persekitaran bengkel dan kemahiran guru serta minat pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Objektif kajian adalah untuk melihat perbezaan antara faktor–faktor keberkesanan amali kerja kayu berdasarkan faktor-faktor demografi. Seramai 130 responden telah dipilih secara rawak dari enam buah sekolah menengah vokasional di Provinsi Aceh. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor–faktor keberkesanan amali kerja kayu berdasarkan faktor demografi. Manakala dapatan kajian daripada analisis regresi linear berganda menunjukkan bahawa hanya empat faktor (faktor persekitaran bengkel, faktor minat pelajar, faktor kemahiran guru dan faktor kelengkapan bengkel) yang mempengaruhi keberkesanan amali kerja kayu dengan nilai pekali korelasi r = 0.78. Ini menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan daripada keempat-empat faktor keberkesanan amali kerja kayu dengan menyumbang sebanyak 60.6 peratus (R square = 0.606) perubahan varians. Kesimpulannya, persekitaran bengkel adalah faktor yang paling mempengaruhi keberkesanan amali kerja kayu dengan menyumbang 43.3 peratus (R square = 0.433) perubahan varians dalam keberkesanan amali kerja kayu. Kajian ini menunjukkan perlunya perhatian dari pihak yang berkuasa dalam usaha penambahbaikan kemudahan dan prasarana di dalam bengkel serta isu keselamatan dalam bengkel agar keberkesanan amali kerja kayu menjadi lebih mantap di masa hadapan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.