UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Ahmad Noor Aini, Abd Razak Nor Siti Rokiah, Abdul Wahid Rohaizah, Mansor Marzita,
Title :Terapi pertuturan augmentatif dan alternatif bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty Of Human Development
Year of Publication :2011
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pelbagai cara telah dilakukan oleh para guru pendidikan khas untuk membantu murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa komunikasi untuk belajar bahasa. Penyelidikan ini cuba untuk menyiasat penggunaan terapi pertuturan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid bermasalah pembelajaran untuk berinteraksi dalam persekitaran mereka. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui amalan mengajar kemahiran pertuturan bagi murid-murid ini. Kajian ini menggunakan kombinasi reka bentuk kuantitatif dan kualitatif. Kajian tinjauan dijalankan melalui pos terhadap 200 guru Pendidikan Khas yang mengajar dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Peserta kajian dipilih secara rawak di tujuh negara di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Kajian kes yang melibatkan enam guru Pendidikan Khas dan dua orang murid juga dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian memerlukan bahan bantu mengajar untuk mengajar kemahiran bahasa. Penemuan ini menyebabkankan para penyelidik membangunkan alat bantu pengajaran bercetak yang dikenali sebagai TPA 1. TPA 1 berfokus kepada tiga persekitaran paling sering dikunjungi oleh murid sewaktu berada di sekolah iaitu, tandas, bilik darjah dan kantin sekolah.TPA 1 terdiri daripada lima produk yang terdiri daripada Manual Aktiviti Simulasi, Buku Ganjaran, Buku Mari Mewarna, Buku Perkataan Berfungsi dan satu set kad gambar. TPA 1 adalah kombinasi aktiviti terapi pertuturan alternatif yang sesuai dalam amalan pengajaran di bilik darjah. Kajian ini juga mendapati peserta kajian menyokong penggunaan telekomunikasi dan pengkomputeran sebagai media pengajaran selain penggunaan kad gambar biasa. Penemuan ini mengarahkan para penyelidik untuk membina rangka teoritis pembangunan persediaan simulasi berasaskan komputer. TPA 1 dicadangkan penggunaannya dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran komunikasi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.