UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Loy Chee Luen,
Title :Kematangan intelektual dan emosi kanak-kanak prasekolah menerusi lukisan figura
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty Of Human Development
Year of Publication :2011
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kematangan intelektual, kemahiran emosi dan tahap perkembangan artistik kanakkanak prasekolah dapat dikenal pasti menerusi lukisan figura. Penyelidikan ini dilaksanakan secara dua fasa. Fasa I: melibatkan Pembangunan Manual Melukis Lukisan Figura Kanak-kanak. Fasa ini untuk mengenal pasti reka bentuk manual dengan (i) menganalisis keperluan kanak-kanak (ii) menyatakan objektif manual dan (iii) reka bentuk kandungan manual. Fasa II: pula melibatkan Penilaian Lukisan Figura untuk mengenal pasti kematangan intelektual, kemahiran emosi dan tahap perkembangan artistik kanak-kanak menerusi penggunaan Manual Melukis Lukisan Figura Kanak-kanak. Sampel kajian terdiri daripada lima puluh enam orang kanak-kanak dari dua buah prasekolah swasta. Data-data penyelidikan diperoleh menerusi lukisan figura kanak-kanak yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Keputusan penyelidikan Fasa I menunjukkan bahawa Manual Melukis Lukisan Figura Kanakkanak dapat dibangunkan dengan menganalisis ciri-ciri umun kanak-kanak seperti jantina, umur, taraf sosioekonomi dan gaya pembelajaran. Objektif manual ini adalah untuk membimbing kanak-kanak melukis dan seterusnya mempertingkatkan kematangan intelektual, kemahiran emosi dan tahap perkembangan artistik kanakkanak. Reka bentuk kandungan manual ini mempunyai lapan unit yang merangkumi Unit 1: Mari melukis garisan; Unit 2: Mari melukis bentuk; Unit 3: Mari melukis bahagian tubuh badan; Unit 4: Mari melukis pakaian; Unit 5: Mari melukis aksesori hiasan; Unit 6: Mari melukis peralatan sekolah; Unit 7: Mari melukis ekspresi muka dan Unit 8: Mari melukis lukisan figura. Keputusan penyelidikan Fasa II menunjukkan bahawa kematangan intelektual, kemahiran emosi dan tahap perkembangan artistik kanak-kanak yang menggunakan manual adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menggunakan manual.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.