UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Badaruddin Marzaida, Ibrahim Haniz,
Title :Tahap kesediaan mengajar guru-guru kemahiran hidup (masakan) di program pendidikan khas integrasi
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty Of Human Development
Year of Publication :2013
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru Pendidikan Khas terhadap kesediaan mereka dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup (Masakan) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran. Subjek kajian terdiri daripada 164 orang guru Pendidikan Khas di 60 buah sekolah menengah di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Johor yang menjalankan program tersebut. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis mengunakan statistik deskriptif termasuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Statistik deskriptif digunakan sepenuhnya dalam menganalisis data. Aspek utama kajian ini ialah mengenai kesediaan para guru mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup (Masakan) dari aspek pengetahuan yang dimiliki oleh guru Pendidikan Khas, keberkesanan kurikulum Kemahiran Hidup (masakan), kemudahan fizikal di sekolah, kolaborasi antara guru dengan komuniti luar dan masalah serta halangan yang dihadapi oleh guru. Hasil kajian ini mendapati tahap kesediaan mengajar guru Kemahiran Hidup di PPKI masih berada di tahap sederhana kerana kekurangan latihan dan kursus dalam bidang Kemahiran Hidup. Walaupun para guru menghadapi pelbagai halangan dan masalah namun mereka bersedia memberikan komitmen untuk menerapkan latihan kerjaya di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (Masakan) dengan pelbagai pendekatan dan laternatif lain yang lebih sesuai.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.