UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Cerita penting dalam kehidupan seharian khususnya bagi pelajar kerana cerita membantu pelajar memahami dunia mereka dan berkongsi pengalaman sesama mereka. Konsep penceritaan yang biasa diamalkan dikategorikan sebagai penceritaan tradisional (PT) iaitu cerita yang disampaikan melalui lisan ataupun percakapan. Kaedah penceritaan merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Konsep PT telah mengadaptasi identiti baru iaitu kepada penceritaan digital (PD). PD adalah satu kaedah mencabar untuk membina satu perhubungan antara PT yang berlaku secara lisan dengan bentuk komunikasi yang diadaptasikan oleh media dan teknologi maklumat terkini. Kajian ini bertujuan untuk melihat konsep dan rekabentuk koswer PD, membangunkan prototaip dalam bentuk koswer dan menguji keberkesanannya terhadap pembelajaran, motivasi dan penglibatan pelajar. Pembangunan koswer ini mengadaptasikan tema keselamatan diri yang merupakan salah satu tema di dalam Tunjang Fizikal dan Estetika dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pengujian melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar pra-sekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun. Untuk rekabentuk koswer, model pengajaran bersistem ADDIE digunakan sebagai panduan pembangunan kerana model ADDIE adalah model rekabentuk pengajaran yang sering menjadi asas kepada model rekabentuk pengajaran yang lain (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Rekabentuk prototaip cerita melibatkan rekabentuk watak, jalan cerita, skrip dan papan cerita, yang disesuaikan dengan keperluan untuk memenuhi matlamat pembelajaran pada peringkat umur pelajar tadika. Hasil kajian menunjukkan dari aspek pembelajaran, selepas pelajar diberi pendedahan dengan menggunakan koswer PD, mereka dapat memahami dan mengenalpasti objek yang berbahaya dan situasi yang membahayakan serta dapat mengamalkan langkah keselamatan yang sewajarnya. Manakala untuk aspek motivasi, hasil senarai semak dan pemerhatian yang dijalankan mendapati motivasi pelajar meningkat melalui penggunaan koswer PD dalam proses P&P. Ia ditunjukkan dengan perkataan tumpuan, minat, ingin tahu dan seronok. Penggunaan koswer PD juga telah menyebabkan pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti P&P yang dijalankan. Mereka begitu teruja dengan memberi respon yang sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan, mempengaruhi emosi, berinteraksi antara satu sama lain, pergerakan badan atau bahasa badan, dan memberi jawapan yang tidak terdapat dalam cerita. Sebagai kesimpulan, berbekalkan konsep cerita moden, rekabentuk watak dan jalan cerita, tidak memfokuskan kepada penceritaan semata-mata, penggunaan bahasa ringkas dan mudah dan penggunaan visual 3D yang diketengahkan di dalam koswer PD ini amat sesuai untuk pelajar prasekolah kerana melibatkan persekitaran yang dekat dengan mereka. Justeru, penggunaan koswer PD dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif untuk menarik minat pelajar, meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar, meningkatkan motivasi dan menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif di dalam bilik darjah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |