UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Manusia diciptakan Allah s.w.t sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan mentadbir dan mengurus bumi ini. Sebagai khalifah Allah s.w.t, manusia dibekalkan dengan panca indera. Namun tidak semua manusia diciptakan Allah mempunyai panca indera yang sempurna. Semestinya, cara pelaksanaan ibadah mereka sedikit berbeza dengan golongan yang sempurna. Para ulama telah membincangkan persoalan-persoalan ini, tetapi dibincangkan mengikut topik-topik perbincangan fiqh secara umum. Hal ini menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran dan untuk membuat rujukan. Dalam konteks Malaysia, tidak terdapat satu modul khusus yang digunakan dalam P&P untuk golongan ini. Objektif kajian ini ialah memahami konsep OKU menurut pandangan ulama Islam, menganalisis pandangan ulama mengenai cara bersuci golongan OKU, menganalisis pandangan ulama mengenai cara bersolat golongan OKU. Kajian ini menggunakan metode kualitatif. Di antara dapatan kajian ialah OKU ialah orang kurang upaya sebagai seorang yang terdapat pada dirinya kekurangan kekuatan badan dan akal disebabkan oleh faktor genetik ataupun kemalangan sehingga pergerakannya tidak sempurna sebagaimana manusia normal, Apabila seseorang yang buta mendapat air untuk berwuduk. Tiba-tiba diberitahu oleh seorang lelaki bahawa air itu bernajis. dia hendaklah menerima pemberitahuan tersebut dan tidak boleh berijtihad dengan syarat lelaki itu memberitahu sebab kenajisan air itu, orang buta boleh berijtihad pada waktu-waktu solat, apabila tidak terdapat orang normal memberitahu kepada mereka masuknya waktu solat atau tidak terdapat berita yang boleh dipercayai tentang waktu solat daripada orang yang normal. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |