UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Zolkipli Abdullah
Additional Authors :Muhammad Faisal Ahmad
Title :Teater Mayat: kajian mengenai pengurusan artistik dan peranan rekaan set dalam seni persembahan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2013
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Rekaan set merupakan salah satu komponen penting dalam proses teaterikal sesebuah produksi kerana ia menggabungkan elemen rekaan dan idea kreatif dalam bentuk binaan di ruang pentas. Rekaan dan binaan set boleh dihasilkan dalam bentuk abstrak, realistik, dan sebagainya mengikut konsep dan tema naskah yang dipentaskan. Sehubungan itu kajian ini akan memperlihatkan peranan rekaan set teater dengan penerapan enam prinsip rekaan iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Seterusnya kajian ini juga akan memperlihatkan proses pengurusan artistik yang memberi sumbangan terhadap kelancaran keseluruhan produksi teater. Pengurusan artistik mempunyai peranannya tersendiri dalam menyumbang kepada sesuatu seni pementasan yang berkesan. Ia secara langsung melibatkan aktiviti rekabentuk yang harus dilalui oleh pereka set dan pasukan dalam menghasilkan sesebuah rekaan dan binaan set teater yang mantap. Kajian ini menerapkan proses pengaplikasian terhadap sebuah produksi teater yang membawa naskah Mayat hasil karya Prof Dr. Hatta Azad Khan. Hasil kajian ini juga akam memperlihatkan kepentingan dan keberkesanan rekaan dan binaan set dengan berlandaskan pengurusan artistik yang sebenar dalam produksi teater tersebut. Seterusnya ia juga turut memperkenalkan kaedah dan proses pengurusan artistik yang bakal mencipta pengalaman dan kemahiran dalam menjayakan penghasilan pementasan yang lebih berkualiti dan setanding dengan produksi antarabangsa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.