UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Main Author :Mazlina Mat Darus
Additional Authors :Shahrul Kadri Ayop
Rosly Jaafar
Title :Membangun dan menguji keberkesanan modul BBM-VATA bagi tajuk elektronik tingkatan lima (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2013
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk membangun dan menguji keberkesanan modul bahan bantu mengajar yang berasaskan rakaman video yang dikenali sebagai Visualization Approach Teaching Aid (BBM-VATA). Modul yang dibangunkan ini mengandungi kesemua subtopik yang terkandung di dalam silibus subjek Fizik Tingkatan 5 bagi topik Elektronik. Walau bagaimanapun, hanya 2 subtopik yang telah diuji keberkesanannya memandangkan responden adalah terdiri daripada para pelajar Tingkatan 4. Ini adalah disebabkan pelajar Tingkatan 5 di semua sekolah tidak dibenarkan untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti penyelidikan selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Subtopik yang diuji ini tidak memerlukan pengetahuan sedia ada yang memerlukan kefahaman di peringkat asas, oleh itu pelajar Tingakatan 4 sesuai dijadikan responden. Bagi subtopik Osiloskop Sinar Katod (OSK), ujian keberkesanan telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu, Kuantan, Pahang. Hasil kajian mendapati min bagi kumpulan eksperimen ialah 47.73 manakala min bagi kumpulan kawalan ialah 28.75. Oleh itu, modul VATA adalah berkesan dalam membantu pelajar untuk memahami subtopik OSK ini. Manakala bagi subtopik, Get Logik kajian keberkesanan telah dijalankan di Sekolah Menengah Dato' Onn, Batu Pahat, Johor. dengan nilai min bagi ujian pos bagi kumpulan kawalan lebih tinggi iaitu 53.51 jika dibandingkan dengan kumpulan eksperimen iaitu 26.84. Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan pencapaian bagi kumpulan kawalan adalah lebih tinggi daripada kumpulan eksperimen. Namun demikian penggunaan modul VATA ini telah memberikan impak positif di dalam aspek-aspek tertentu dalam topik Get Logik ini. Di dalam beberapa bahagian didapati peningkatan pelajar dari kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)