UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :QA75 Electronic computers. Computer science
Main Author :Nadia Akma Ahmad Zaki
Additional Authors :Fadhlina Mohd Razali
Amily Shafila Shariff
Title :Simulasi komputer: bagaimana mengatasi masalah pengajaran bahasa pengaturcaraan komputer topik struktur kawalan (CosSim)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2014
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Subjek pengaturcaraan adalah subjek teras bagi pelajar teknologi maklumat. Sehubungan itu, kebolehpasaran seseorang pelajar teknologi maklumat turut melibatkan pertirnbangan kemahiran mereka dalam pengaturcaraan. Ramai pelajar yang mengambil subjek bahasa pengaturcaraan kurang menyerlah khususnya dari segi pencapaian. Di sini bermula tugas tenaga pengajar ICT untuk memainkan peranan mereka untuk membantu para pelajar dalam mendalami ilmu pengaturcaraan. Maka satu prototaip simulasi komputer (CosSim) telah dibangunkan untuk membantu para guru bagi mengatasi masalah pengajaran bahasa pengaturcaraan khususnya topik struktur kawalan. Prototaip tersebut dibangunkan menggunakan model ADDIE. Rekabentuk kajian yang dijalankan berbentuk kualitatif melalui temubual dan juga kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik dan ujian pra dan pasca. Dapatan tentang kaedah pengajaran yang sesuai digunakan bagi topik\ struktur kawalan ini telah diperolehi melalui temubual dengan empat (4) orang tenaga pengajar ICT yang pakar dalam subjek bahasa pengaturcaraan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSJ) yang mempunyai pengalaman mengajar bahasa pengaturcaraan lebih daripada 10 tahun. Hasil penilaian kebolehgunaan prototaip CosSim yang dijalankan kepada seorang bakal guru UPSI pula mendapati min keseluruhan sebanyak 3.2 menunjukkan responden bersetuju dengan reka bentuk antaramuka, reka bentuk navigasi dan elemen-elemen motivasi diri di dalam CosSim. Manakala berdasarkan keputusan Ujian-T Berpasangan terhadap 20 orang pelajar program Pendidikan-Multimedia dan Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan, UPSI mendapati nilai signifikan adalah 0.00, iaitu lebih kecil daripada 0.05. Ini menunjukkan bahawa prototaip simulasi CosSim memberi kesan kepada pencapaian pelajar dan pengajaran guru dalam bahasa pengaturcaraan topik struktur kawalan. Kesimpulannya, kaedah-kaedah pengajaran yang telah dicadangkan di dalam Cossim boleh diaplikasikan di dalam kelas bagi membantu para pelajar memahami topik struktur kawalan dengan lebih jelas. Tenaga pengajar JCT yang tidak mempunyai pengalaman boleh mendapatkan panduan tentang bagaimana membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek bahasa pengaturcaraan. Dengan ini mereka boleh mengaplikasikan kaedah pengajaran tersebut dalam situasi sebenar di dalam kelas bagi meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam subjek bahasa pengaturcaraan ini khususnya topik struktur kawalan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.