UPSI Digital Repository (UDRep)

Visualisasi penjanaan kendiri: pendekatan grounded theory untuk meneroka kefahaman pelajar Biologi terhadap konsep kitar karbon

AVAILABLE Thesis 1532 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Visualisasi penjanaan kendiri: pendekatan grounded theory untuk meneroka kefahaman pelajar Biologi terhadap konsep kitar karbon
Type
Thesis
Main Author
Roszelina Abd Rahman
Subject
QH Natural history
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka kefahaman pelajar Biologi di sebuah kolej matrikulasi terhadap konsep kitar karbon menerusi visualisasi penjanaan kendiri (self-generated visualization). Terdapat empat objektif dalam kajian ini iaitu, meneroka pemprosesan maklumat, mengenal pasti model mental yang terhasil dalam kalangan pelajar berbeza tahap pencapaian, menganalisis kefahaman pelajar mengenai konsep kitar karbon dan seterusnya mencadangkan kerangka instruksi visualisasi penjanaan kendiri terhadap konsep kitar karbon. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah Grounded theory. Pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih pelajar Biologi tersebut. Data dikumpul dengan menggunakan temu bual mendalam (in-depth interview), tugasan visualisasi kitar karbon dan ujian kefahaman kitar karbon. Data temu bual dan dokumen tugasan dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan kaedah perbandingan berterusan (constant comparison method) manakala ujian kefahaman kitar karbon dianalisis dan dilaporkan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat proses yang timbul dalam pemprosesan maklumat visualisasi, iaitu proses perhatian, pengekodan, visualisasi mnemonik dan pemanggilan visualisasi. Penjanaan visualisasi kendiri pelajar menghasilkan dua model mental iaitu model mental grafik dan teks. Hasil ujian kefahaman menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kefahaman dan huraian konsep abstrak yang dipelajari terutamanya dalam kalangan pelajar berpencapaian sederhana dan rendah. Satu kerangka instruksi visualisasi penjanaan kendiri terhadap konsep abstrak umumnya dan kitar karbon khususnya telah dicadangkan. Dapat dirumuskan bahawa visualisasi penjanaan kendiri boleh membantu pelajar Biologi untuk memahami konsep abstrak dengan lebih bermakna. Justeru diharapkan kerangka instruksi yang dihasilkan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran konsep abstrak sains.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.